Senin, 17 Maret 2008

Sudahkah Kita Bersedia?????

 


Sejauh manakah kita telah bersedia untuk berjuang untuk islam? Soalan yang agak mudah. Tetapi memerlukan masa yang agak panjang untuk menjawabnya. Kadangkala, ada juga yang mengelak untuk menjawab soalan sebegini keran takut dituduh terrorist dan sebagainya. Terasa sedih melihatkan tidak ramai yang telah bersedia untuk berperang atau sanggup berperang untuk islam. Umat islam di dunia ini lebih dari 3 million, tapi apakah yang berlaku pada Palestin, Iraq, Bosnia?


 


Semua orang mengimpikan Jannatullah. Tetapi, jika di buat perkiraan adakah kita mampu dengan yakin untuk menjawab yang kita mampu menjadi ahli Jannah?


 


Terpulanglah pada jawapan masing-masing. Allah maha mengetahui. Kita mengetahui segala apa yang telah diberitahu Allah kepada kita. Tidak lebih dari tu.


 


Untuk bersedia menjadi ‘Jundullah’, perlulah ada ilmu. Persoalannya sekarang, adakah kita telah melakukan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba yang mempunyai ilmu? Yang paling utama, adakah kita mengamalkannya? Yang bertentangan dengan syara’ tentu tidak. Tapi bagaimana yang tidak bertentangan. Ilmu yang disuruh Allah untuk diamalkan dan disampaikan?


 


Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (7:175)


 


Mungkin yang masih menuntut akan menjawab “semua yang saya belajar ini hanya dapat dimanfaatkan setelah saya tamat pengajian”. Tidak salah jawapan itu. Tapi bagaimana pula dengan ilmu yang telah kita miliki tentang suruhan Allah? Adakah telah kita amalkan? Bagaimana dengan solat? Lengkapkah? Bagaimana pula dengan pergaulan? Adakah menjaga batas-batas seperti yang telah ditetapkan Allah? Ilmu ini diketahui oleh semua orang yang bergelar islam. Namun mengapa masih ada yang tidak lengkap solatnya? Mengapa masih ada yang bercouple? Bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan tanpa batas. Berdua-duaan? Berdasarkan ayat diatas, jelas sebenarnya kita telah sesat. Astaghfirullah…..


 


Mengapa ini terjadi perkara ini sedang kita mengetahui akan larangan Allah terhadapnya? Jika ini keadaannya, tergolonglah kita dalam golongan munafiq kerana kita mengetahui kebenaran dan menyembunyikannya. Na’uzubillahi min dzalik.


 


Dan mereka berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan rasul, dan kami mentaati (keduanya)." Kemudian sebagian dari mereka berpaling sesudah itu, sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman (munafiq) (24: 47)


 


 Ya Allah, janganlah kau golongkan Aku dalan golongan ini. Timbulnya masalah kerana ilmu tidak diamalkan.


Firman Allah:-


Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan (7:181)


 


Jadi apabila ilmu tidak diamalkan dan orang yang mempunyai ilmu tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berlakulah keburukan. Apa yang dapat kita lihat sekarang? Zina berleluasa. Black Metal. Jenayah kolar putih.


Jika ilmu itu benar-benar diamalkan, sudah tentu tidak terjadi masalah ini. Kita mengatakan bahawa Israel etc itu dzalim namun tanpa kita sedari kita lebih dzalim dari mereka.


 


Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang akan menunjuki orang yang telah disesatkan Allah? Dan tiadalah bagi mereka seorang penolongpun. (30:29)


 


Kita telah pon mempunyai ilmu. Jadi janganlah kita bertindak mengikut hawa nafsu. Kerana, jikalau ini terjadi samalah kita seperti orang yang dzalim dan bodoh.


 


Perlukah kita berpeluk tubuh dan sekadar melihat? Ya, mungkin kita bukan PM atau orang besar untuk membuat suatu perubahan besar. Tetapi, bear in mind that, untuk suatu perubahan besar berlaku, perlulah bermula dengan perubahan yang kecil. Belajarlah mengenali agama yang indah ini. Sebab kajatuhan islam itu adalah kerana penganutnya tidak berilmu. Jangan pula kita mengulang sejarah lalu dan menjadi lebih bodoh dari mereka yang telah jelas jahil.


 


Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orangjahil (28:55)


 


Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (33:72)


 


Mulakan perubahan dengan diri sendiri dahulu. Pastikan solat lengkap. Bukan solat yang ‘ala kadar’ tapi solah yang sempurna rukunnya. Setelah itu pastikan ‘amal ma’ruf nahi mungkar. Mungkin kadangkala kita tidak jelas bagaimana untuk melakukan nahi mungkar, namun dengan mengamalkan ‘amal ma’ruf, kita sebenarnya telah menjalankan nahi mungkar. Pon begitu, perkara yang telah jelas kemungkarannya perlulah kita tegah dan elakkan.


 Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh(7: 199)

Mungkin diri ini bukan pelajar lepasan sekolah agama atau seumpamanya. Tetapi hidayah Allah yang hadir setelah bertahun-tahun hidup bergelumang dosa, sangatlah berharga. Terasa seperti orang yang baru memeluk islam. SubhanAllah, nikmat sungguh islam itu. hilang semua masalah yang dulu sentiasa membelenggu. Nikmat iman itu tiada bandingannya. Mengapa tidak aku sedari dari dulu. Hanya engkau yang mengetahui. Terasa sangat nikmat berada dalam islam ketika ini. Walaupon berada di Negara asing, aku tidak takut untuk menyatakan keislamanku dan jika di izinkan Allah aku mahu menjadi hambanya yang membantu menaikkan islam di bumi asing ini.


 


Wahai saudara-saudaraku, marilah kita menimba ilmu sebagai persiapan untuk berperang menaikan semuala agama ini dan sedarlah yang kita berada didalam fitnah. Janganlah sampai kita menjadi fitnah kepada agama kita sediri. Oleh itu, dalami ilmu sebanyak mungkin. Jadilah seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun dan Al-Khawarizmi kerana kita tahu dengan ilmulah kita akan beroleh kemenangan. Teruskan menyampai risalah Allah agar tidak dipersoalkan di Akhirat kelak. Mudah-mudahan kita bersama dengan orang-orang beruntung. Amin.


maafkan salah silapku.... tegurlah sekiranya diri ini membuat kesilapan....mudah-mudahan kita sentiasa berada didalam rahmat Allah...


Ya Allah tetapkanlah hati-hati ini di atas jalanmu Ya Allah... supaya kami tidak rugi...


 


http://didieppy.multiply.com/journal

Tidak ada komentar:

 

blogger templates