Selasa, 18 Maret 2008

Dakwah dan Jemaah

 


Kita tidak akan mampu berjaya seorang diri. Kita perlu kepada rakan dan


sahabat. Kita perlu kepada komuniti (jemaah), lantaran lidi yang


sebatang lebih mudah patah berbanding seikat yang bukan sahaja boleh


dijadikan penyapu, tetapi boleh juga memukul pencuri kalau ada yang


mahu pecah rumah. Dan apabila beradapan dengan fenomena kepelbagaian


jemaah, kita harus berlapang dada dan ‘bersetuju untuk tidak


bersetuju’. Jangan cepat melatah, jangan pula mudah membenci, lantaran


kita ibarat bahtera berlainan yang berlayar di lautan yang sama menuju


ke destinasi yang satu. Ini juga sebahagian dari professionalism.


Kesimpulannya, kita sudah punya acuan terbaik untuk membentuk hidup,


sesuai dengan panduan syariat. Sama ada kita mahu mengmbil manfaat atau


hanaya mahu bersikap ‘aku tidak pedulisma’, semuanya terletak di tangan


kita. Perlu kita ingat, muda bukan sekali, tetapi dua kali banyaknya.


Satu di dunia, dan satu lagi di akhirat. Berusahalah mentaati syariat


dan sunnatullah semasa muda di dunia ini, agar mudanya kita di akhirat


nanti di dalam ketenangan syurga yang abadi…Allahumma Ameen…


http://www.bicaraqalbi.blogspot.com/

Tidak ada komentar:

 

blogger templates