Senin, 17 Maret 2008

Ayuh! pupuk cinta pada akhirat

Ayuh! pupuk cinta pada akhirat


Wahai saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,


Apabila tiba suatu saat dirimu dipuji oleh manusia lain, berhati-hatilah.Di waktu itu lubang bagi iblis untuk menerobos masuk ke dalam hati kita begitu luas sekali.Akan tiba satu perasaan bangga diri, dan merasa hebat dan angkuh.Ingatlah firman Tuhan kita ini :



" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam kitab (pengetahuan kami) sebelum kami (Allah) menjadikannya.Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kami diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang telah diberikan kepada kamu, dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri "


{ Surah Al-Hadid : 22-23 }



Saudaraku yang dikasihi Allah,


Setiap nafas yang berlalu menandakan semakin kita meninggalkan dunia dan semakin pula kita menghampiri akhirat.Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui setiap apa yang ada dalam hati hambaNya.Jika kita ada walau sebesar zarah perasaan 'ujub, yakni merasa hairan dengan kelebihan diri, samada merasa lebih kerana banyak melakukan kebaikan berbanding orang lain,contohnya kita merasa kita hebat jika dibanding denagn pelaku maksiat, dengan itu sahaja sudah mampu untuk menyekat penghantaran ibadah solat kita 5 waktu itu melepasi langit 7 bertemu dengan Tuan yang kemudiannya pula akan memeriksa nilai solat itu berdasarkan keikhlasan hati pelaku solat tersebut...ia senantiasalah akan tersekat sehinggalah kita berjaya bertarung dengan nafsu sehingga hati kita ini bersinar terang benderang tanpa ada walau secalit penyakit hati.


" moga bertemunya kita semuanya nanti dalam keadaan kita redha kepada Allah dan Dia juga meredhai kita "


Ayuh, pupuk cinta pada akhirat.


http://bahrulilmi.blogspot.com/

Tidak ada komentar:

 

blogger templates