Senin, 17 Maret 2008

Renungan untuk sebuah kehidupan...

Renungan untuk sebuah kehidupan...


" Tuhan Yang Maha Pemurah  telah menciptakan kita ikan-ikan di sungai dan lautan, tetapi kita harus mengail mahupun memukat utk mendapatkannya. Demikian juge  jika kamu terus  menunggu  waktu yang tepat ,mungkin  kamu tidak akan pernah bermula. Mulailah sekarang !mulailah di mana kamu berada sekarang  dengan apa adanya.


 


Jangan pernah  fikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai,ttapi sedarilah bahawa  cintalah yang memilih kita utk mencintainya.  Perkahwinan memang memiliki banyak kesusahan,tetapi kehidupan  bujang tidak memiliki kesenangan. Buka mata kamu lebar-lebar  sebelum menikah dn biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya.


 


Menikahi wanita atau pria kerana kecantikan atau ketampanannya, sama seperti  membeli rumah kerana lapisan catnya.  Harta  milik yang  paling berharga bagi seorang  pemuda di dunia ini adalah hati seorang wanita. Begitu  juge persahabatan. Persahabatan adalh satu jiwa dalam dua raga.  Persahabatan sejati tidak ubah seperti  nikmat kesihatan yang baik,nilainya  baru kita sedari  setelah kita kehilangannya.


 


Seorang  sahabat adalh insan yang dapat mendengarkan lagu di dalm hatimu dn  akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa bait-baitnya. Sahabat umpama 'tangan Tuhan'untk menjaga kita. Rasa  hormat tidak selalu  membawa  kepada  persahabatan tetapi  jangan pernah menyesal untuk brtemu dengan orang lain. Menyesallah jika orang  itu menyesal brtemu dengan kamu.


 


Bertemanlah dengan  orang yang suka membela kebenaran. DIalah  hiasan di kala  kamu senang  dn perisai  di waktu  kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang  tanpa kesalahan. Kerana  semua  manusia itu baik  kalau  kamu mmapu  melihat kebaiknnya dan menyenangkan kalau kamu mampu melihat keunikannya. Tetapi……..semua manusia itu akn buruk dan membosankan  kalau kamu tidak bias melihat  kedua-duanya sekali.


 


Begitu juga dengan kebijaksanaan. Kebijakan itu seperti cairan yang mana kegunaannya trletak pada penyerapan yang benar.  Orang pintar sekalipun akan gagal apabila mereka memikirkan terlalu byk hal. Sedangkan orang bodoh seringkali berhasil  dengan melakukan tindakan tepat. Dan bahawasanya, keintelektualan sejati tidak datang  dari pemikiran kita semata-mata tetapi turut bresandarkan pada  perasaan dan fakta.


 


Tak seorang  pun sempurna, bukan? Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalh seorang yang bijak. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apbila  melihat  orang berkeras bahawa  mereka benar  meskipun terbukti salah. Apa yang berada dibelakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam diri kita sndiri.


 


Kita tidak berupaya  utk megubah masa lalu tetapi sesungguhnya, dapat  menghancurkan masa kini dengan berasa khuatir tentang masa depan. Bila kita  mengisi  hati  dengan penyesalan untk masa lalu dan kebimbangan utk masa-masa  yang akan datang, percayalah!.. Kita  tidak memiliki hari ini untuk disyukuri. Justeru,jika  kamu terfikir tentang hari kelmarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok  tanpa rasa takut bererti  kamu sudah berada di jalan  yang benar menuju kejayaan."-


http://cahayakuiman.blogdrive.com/archive/cm-3_cy-2008_m-3_d-16_y-2008_o-30.html

Tidak ada komentar:

 

blogger templates