Senin, 17 Maret 2008

Secebis kisah............tentang cinta.

Secebis kisah cinta kepada manusia dan hebatnya cinta kepada Allah


 


 Cinta antara Zainab binti Rasullullah dan suaminya Abil Ash bin  Rabi’, anak saudara kepada Khadijah Khuwailid adalah cinta yang sungguh indah. Namun  ikatan cinta yang kukuh ini tidak mampu menandingi cinta agung kepada Allah dan Rasul, hingga mereka terpaksa  brpisah.


Perkahwinan antara Zainab dan Abil Ash berlangsung sebelum Nabi Muhammad  menerima wahyu. Tetapi tatkala cahaya keimanan mulai bresinar, Zainab tlah memeluk agama Islam manakala Abil Ash tetap  dengan agamanya. Sebelum Abil Ash menjadi tawanan kaum muslimin  dalam  perang Badar, Zainab telah  mnebusnya dengan   kalung pemberian ibunya Khadijah. Manakala ketika harta benda penduduk Makkah yang dibawa ke Syam oleh Abil Ash utk diperniagakan telah dirampas oleh kaum muslimin, Zainab telah melindungi Abil Ash sehingga harta bendanya dikembalikan.


Rasulullah s.a.w amat terkesan melihat kesetiaan puterinya kepada suami yang  telah ditinggalkannya semata-mata kerana Allah. Dia tetap memberi khidmat bakti dan kesetiaan kepada Abil Ash demi cinta yang tidak pernah padam.


Akhirnya Abil Ash  mendapat petunjuk iman dan keyakinan. Dia  pun brhijrah  ke Madinah menyusul Zainab. Suami isteri yang saling mencintai ini  bertemu utk kedua kalinya setelah sekian lama  berpisah. TIdak lama setelah pertemuan itu, Zainab pun meninggal dunia iaitu  pada tahun 8 HIJRAH. Dia  menjadi contoh terbaik dalam hal kesetiaan isteri, keikhlasn cinta  dan kebenaran iman.


 


“CINTA  yang mengalir  kerana Allah, itulah  CINTA yang benar, suci  lagi murni. CINTA  yang bukan diukur mengikut pandangan  mata, tapi mengikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana ALLAH dan CINTA  diberi adalah untuk mendapat keredhaan ALLAH. CINTA begini tiada batasannya.  Dan CINTA  lahir  hasil dari sama-sama CINTA kepada ALLAH”


 


CINTA bukan mengajar  kita lemah, tetapi  membangkitkan kekuatan,


CINTA bukan mengajar  kita menghinakan diri tapi menghembuskan kegagahan.


CINTA  bukan melemahkan kudrat tapi membangkitkan semangat – HAMKA



http://cahayakuiman.blogdrive.com/archive/cm-3_cy-2008_m-3_d-16_y-2008_o-30.html

Tidak ada komentar:

 

blogger templates