Sabtu, 15 Maret 2008

Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur ?

 Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu


tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring


seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan


tingkap dan pintu di tutup rapat.


Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?


Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan


itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah


mencubanya. Panas dan berhaba.


Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir


keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit,


tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.


 Dalam alam barzakh adakah pancaindera dan penilaian minda kita


terhadap alam ini sama seperti semasa hidup?


Ramai yang menjawab : "Tidak"


apabila saya utarakan hal ini.


Apa jawapannya sebenar ?


Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w  menyebut  berkenaan  ujian-ujian di


dalam kubur.


Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada


kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"


Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu


(sekarang) :


(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid ,


3/47  : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn


Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)


 Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang


seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal.


Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup,


tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di


ruang liang lahad yang kecil dan berselimut.


Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu.


Disebut dalam sebuah lagi hadis :
"Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang


itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad


Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan


sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn


Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din


al-Maqdisi,  5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)


segeralah kita menyiapkan diri sehabis mungkin untuk selamat dari


sebarang azab kubur yang amat mengerikan.


Bagi orang yang bertaqwa, inilah peluang terhebat. Bagi individu yang


hatinya diselaputi sifat nifaq dan dosa. Ia adalah a 'piece of cake'


dan 'need no worries', hidup untuk ENJOYYYY!! . Nau'zubillah.


Sekian,
http://kulidakwah.multiply.com/tag/renungan

Tidak ada komentar:

 

blogger templates