Senin, 17 Maret 2008

Renungan Utk Wanita

Renungan Utk Wanita


Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke


dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka


tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.
"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya


Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati


akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka


kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah.


apakah yang menyebabkan engkau menangis?"


Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa


perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka


sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan


aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".


Berkata Sayyidina Ali RA.;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"


Maka sabda Rasulullah SAW.;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan


api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan Aku


lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih


otak kepalanya; dan


Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya


pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat


yang menyiksa
itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak


tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan Aku


lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah


zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu


adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan


mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)segala isi perut


mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya


daripada mulut mereka itu) dan


Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia


akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak


bawahnya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi


menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan


ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya


itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan


kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan


Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta


dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar


otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala


badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti


terkena penyakit yang besar; dan


Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya


dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang


daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan


Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam


segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;dan lagi


Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala


babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu


warna daripada azab; dan


Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu


masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada


mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan


badanya dengan pemukul api neraka.


Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;


"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka


itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan


itu?"


Maka sabda Nabi SAW.;


Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak


kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambu tnya


daripada lelaki yang haram memandang dia,


Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka


yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa


sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.


Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan


buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya


ia memberikan air susunya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin


suaminya.


Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam


kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah


dengan tiada izin daripada suaminya.


Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan


api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa


sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada


memperhiasi bagi suaminya.


Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat


akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada


ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan


kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan


meminum ia akan darahnya; bahawa
sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada


hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan


sembahyang.


Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan


kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya


ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher


suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina


dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).


Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan


tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat


mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.


Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam


mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia


adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau


pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.


http://mawaddah.blogdrive.com/archive/15.html

Tidak ada komentar:

 

blogger templates