Senin, 17 Maret 2008

Si Gadis Semut

Si Gadis Semut


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan


Semut.


"Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut"


tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.


"Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang


comel" jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata


mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu


diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.


"Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan


ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?" soal balas


Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.


"Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan" jawab Gadis


Semut."Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang


juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.


"Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib


memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu" tanya Malaikat


Pendakwa dengan tegasnya.


"Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari.


Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah.


Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama" jawab


ibubapa Gadis Semut tersebut.


"Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga" bentak


Malaikat Pendakwa.


"Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?" tanya


Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut


tersebut.


"Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada


waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu


kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini


cuma 225 minit sahaja tuan" jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.


"Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini" tanya Malaikat


Pendakwa."Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri


Pendidikan." dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.


"Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan" bentak Malaikat Pendakwa


lalu ditanya pula."Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan


yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama


diajar kepada penuntut sekolah?"


"Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma


menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan"


terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat


Pendakwa tersebut.


"Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu" tegas soalan dari


Malaikat Pendakwa."Perdana Menteri kami, tuan" lemah balasan Menteri


Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka.


"Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang


juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantuny a.Lemah


longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu..


Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak


pucat lesi.


"Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini." tanya


Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Menteri Besar.


"Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang


diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya. " jawab


Menteri Besar lemah."Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa


akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan" tanya Malaikat


Pendakwa.


"Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang


diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi


pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah


sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya" lemah jawapan


Menteri Besar tersebut.


"Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat


keputusan perbicaraan ini" lontar Malaikat Pendakwa.


"Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan


kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau


mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa


Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana


diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan


satu dosa besar iaitu zina." bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan


Semut dengan lengkap dan tertibnya.


"Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang


memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam


neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis


Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis


Semut melakukan dosa zina" titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa


dan semua Malaikat seluruhnya.


Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud


petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan


memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa


dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada


satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan


dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan


walaupun tanpa kita sedar.Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan


diatas sekeping kertas akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga


ataupun neraka. Ingat, apakah jawapan yang mampu kita berikan diakhirat


kelak sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.


Ingat sumpah kita, janji kita, mission statement kita "Aku berSaksi


Tiada ilah yang disembah melainkan Allah.Aku berSaksi bahawa Nabi


Muhammad itu Pesuruh Allah"Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan


iman, amal dan akal. Jangan biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan


dan keduniaan yang mana ianya tidak akan kekal.Sesuatu yang pasti dan


Pasti dilalui adalah Kematian.Setiap patah perkataan yang kita tulis,


setiap apa yang kita lakukan,tangan- tangan dan kaki-kaki kita akan


menjadi saksi. Tanpa cuai walau sedetik pun waktu berlalu, ada yang


menghisabnya.


http://bahrulilmi.blogspot.com/

Tidak ada komentar:

 

blogger templates