Senin, 17 Maret 2008

Manisnya Menundukkan Pandangan

Manisnya Menundukkan Pandangan


 Sedapnya makanan di sini’.  Kita memuji sambil menyuapkan nasi ke


mulut.  Persekitaran yang bersih dan nyaman menambahkan lagi keselesaan


kita menjamu selera.  Bukan itu sahaja, terdapat perkara yang lebih


utama menyebabkan kita dapat menikmati kelazatan sesuatu makanan.  Iya!


Badan yang sihat dan lidah tiada masalah.


Begitulah perumpamaan kalau kita punya hati yang sihat.  Bersih pula. 


Sudah tentu apa sahaja perintah dan larangan Allah dapat dirasai


kelazatan melaksanakannya.  Hati yang sihat dapat merasakan manisnya


iman.  Indahnya taqwa.  Berdebar-debar hati tatkala disebut nama Allah.


 Itulah tanda cinta.  Selagi kita tidak merasakan demikian, percayalah


bahawa jiwa kita sedang sakit.  Apatah lagi apabila mendengar suruhan


dan larangan Allah, hati memberontak.  “Susahlah…”.  ‘Malaslah…’  Itu


simpton hati kita yang sudah dijangkiti virus.  


Bila badan tidak sihat, sudah tentu kita akan mencari ubatnya.  Ubatnya


pula mesti sesuai dengan jenis penyakit.  Tersilap ubat, menambahkan


lagi penyakit.  Tak pun… terus KO!.  Na’uzubillah.  Begitu juga hati


kita.  Kenal pasti dulu penyakitnya.  Kemudian baru dapatkan kaedah


rawatan dan ubat yang sesuai. Sebagai contoh;  Kita punya penyakit


kedekut.  Kita pun mulalah bangun tahajjud setiap malam untuk membuang


penyakit tersebut.  Sedangkan kita tidak pula cuba-cuba ‘transfer’


akaun kepada individu atau badan yang memerlukannya.  Natijahnya


penyakit kedekut kekal melarat pada diri kita. 


 Ambil cara mudah, kalau kita ternampak iklan mohon derma atau datang


si fakir meminta sedekah, hulurkan sahaja apa yang ada di tangan. 


Mula-mula memang kena paksa dulu.  Alah bisa tegal biasa.  


Penyakit Seks


Akhir-akhir ini, kita sering dihadapkan dengan masalah dan penyakit


berkait zina.  Dari sekecil-kecil skandal seperti yang menimpa orang


awam (kena tangkap khalwat) hinggalah sebesar-besarnya (dapat VCD


percuma aksi seks menteri).  Hebat.  Memang cukup hebat.  Kalau dulu


terpaksa cari secara sembunyi-sembunyi pita video atau VCD lucah.  Hari


ini diberi percuma tanpa diminta.  Kalau dulu hanya pelacur kelas


bawahan yang berlakon (?) aksi seks.  Hari ini profesional bertaraf


menteri pun mahu merasa kerjaya yang jelik itu.  Belum lagi dikira


acara bebas melayarinya di internet. 


 Islam mempunyai kaedah  ‘mencegah lebih baik dari berubat’.  Justeru


dalam merawat penyakit zina ini, Islam menganjurkan ummatnya lelaki dan


wanita supaya menundukkan pandangan.  Menundukkan pandangan bukan


bererti menundukkan kepala sehingga berjalan terlanggar tiang!


   Allah perintahkan kita melalui ayat 30 surah an-Nur,


‘Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman


supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)


dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi


mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa


yang mereka kerjakan.’


Ayat seterusnya yakni ayat 30 surah yang sama menitahkan pula kepada


kaum wanita,‘


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat


pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara


kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh


mereka kecuali yang zahir daripadanya’


Allah perintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan. 


Kemudian barulah diperintahkan kaum wanita supaya memelihara pandangan


mereka serta menutup aurat.  Ia membuktikan bahawa lelaki sebenarnya


mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak


menutup aurat di hadapannya.  Allah tidak membebankan hambaNya dengan


perkara yang tidak mampu dilakukan.  Selebihnya bergantung pada hati


kita sendiri, mahu atau tidak.  


Menundukkan pandangan ialah mengalihkan pandangan daripada melihat


perkara yang diharamkan Allah.  Lagi pula, seperkara yang kita perlu


sedari mata kita bukan milik kita.  Pinjaman sahaja dari Allah.  Ibarat


kita meminjam barang orang.  Bolehkah kita menggunanya sesuka hati


kita?.  Selepas pinjam, kita hantar sambil mengucapkan terima kasih. 


Begitu juga dengan mata. Kita guna ikut cara yang diredai Allah.  Itu


tanda terima kasih kita sebagai peminjam.  Sampai masanya, kita


terpaksa pulangkan semula nikmat tersebut.  Sama ada di dunia lagi


seperti menjadi buta (minta dijauhkan Allah) atau setelah hayat


berpindah ke alam barzakh.


Pintu masuk kepada ‘kawah api’ zina ini bermula dari pandangan.  Dari


mata jatuh ke hati.  Sebab itu Rasulullah menegah kita mengulangi


pandangan pada tempat yang diharamkan.  Haram bererti ‘penyakit’ atau


dosa.  Kalau pun kita merasa ‘lazat’ pandangan tersebut… hakikatnya ia


adalah simpton bahawa hati  kita sedang sakit.  Keseronokan syahwat


bersifat sementara dan mengundang pelbagai bala.  Bala pertama ialah


hilang ketenangan jiwa.   Hati yang sihat secara automatik menolak


perkara-perkara jelik dan hina.  Tiada rasa ‘syok’ atau ‘best’. 


Sebaliknya merasa benci, loya atau mual.  Seperti kata Tok Guru Nik


Abdul Aziz suatu ketika dahulu (lebih kurang beginilah bunyinya), 


‘ Perempuan yang keluar tidak menutup aurat dan berhias-hias tidak


menurut syarak hakikatnya iblis.’


Jangan salah sangka pula.  Kata-kata di atas hanya perumpamaan Tuan


Guru yang bersifat ‘mursyid’ dan ‘murabbi’ agar kita tidak merasa


seronok melihat perkara yang diharamkan.  Bayangkan disebalik wajah dan


bodi yang tidak menutup aurat itu, iblis langsuyar berambut panjang


mengerbang sedang menjelirkan lidahnya menyorak kebodohan kita


mengenepikan larangan Allah.  Manusia hanya alat iblis untuk melalaikan


kita dari mengingati Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.


  Allah yang mencipta kita mengetahui dan sangat memahami kegemaran


kita.  Justeru Dia menjanjikan nikmat atau kelazatan yang jauh lebih


umph!  Allah menyebut dalam ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat, ‘ 


Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari


menuruti hawa nafsunya.  Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.’


Di syurga itu ada bidadari.  Kalau kita diperlihatkan dengan seorang


sahaja dari bidadari itu, nescaya semua perempuan di dunia ini


kelihatan hodoh belaka.  Yang cantik hanya perempuan solehah.  Hanya


perempuan beriman dapat mengalahkan kecantikan bidadari syurga. 


Fikir-fikirkan…


Berikut adalah kelazatan, kenikmatan, keseronokan, keindahan, kemanisan


akibat menundukkan pandangan;


   1. Menunjukkan bahawa seseorang patuh pada perintah Allah. 


Akibatnya dia dapat merasa puncak kebahagiaan seorang hamba di dunia


dan di akhirat.   Allah akan mengganti keseronokan syahwat dengan


ketenangan jiwa, kesenangan dan kegembiraan hati yang sangat lazat.
   2. Dapat menangkis anak panah berapi syaitan dan sangat beracun,


yang mana semuanya mengakibatkan kemusnahan moral manusia.
   3. Dapat menghiasi hati dengan cahaya serta melenyapkan kegelapan


pada wajah dan anggota badan.
   4. Menyuci hati dari akibat sedih.  Orang yang tidak mahu


menundukkan pandangan di dunia akan kekallah dia dalam kesedihan.
   5. Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan


antara yang baik dan buruk.
   6. Membuka pintu pengetahuan, iman dan makrifat kepada Allah serta


peraturanNya.
   7. Mewariskan keteguhan hati dan keberanian.
   8. Menyucikan hati dari syahwat yang tersembunyi.  Seterusnya


menawan nafsu untuk disalurkan pada tempat yang betul dan diredai


Allah.
   9. Membebaskan hati dan minda dari berangan-angan tinggi.
  10. Menguatkan dan meningkatkan daya berfikir.  Seterusnya mewarisi


sikap waspada terhadap akibat buruk yang akan berlaku dalam setiap


tindakan.
  11. Mengurangkan sikap lalai.  Sekaligus dapat meningkatkan hubungan


dengan Allah dan cintakan kampung akhirat.



http://keranacinta.wordpress.com/2008/02/10/manisnya-menundukkan-pandan


gan/

Tidak ada komentar:

 

blogger templates