Senin, 17 Maret 2008

Berjuanglah

Berjuanglah


Hidup mesti sentiasa berjuang
Berjuang bangkit dari tidur walau masih mahu lena
Berjuang atur langkah keluar dari rumah mencari sesuap rezeki
Berjuang menuntut ilmu
Berjuang jawab periksa Berjuang lapang dada lagi sabar dgn dugaan
Berjuang senyum dlm remuk rendam hati
Berjuang buat amal soleh
Berjuang suarakan kebenaran


Berjuang
Dan berjuang


Betapa istiqomahnya kita dgn perjuangan2 kita
Kerana sungguh
Manusia itu akan terus berjuang
Selagi hidup atas muka bumi ini
Untuk hidup atas muka bumi ini
Nanti di hari akhir pun akan berjuang juga
Selagi tidak ketemu Tuhannya


Maka nilailah perjuangan kita
Bermaknakah utk dunia?
Punya sahamkah utk hari muka?
Atau sekadarnya berjuang
Tidak meletak nilai apapun
Atau tidak tepat meletak nilai


Berjuanglah
Selagi Dia memberi masa


http://bumihijau.blogs.friendster.com/bumikuhijau/

Tidak ada komentar:

 

blogger templates