Selasa, 18 Maret 2008

Berukhuwah untuk kepentingan peribadi

 


Enak sekali manusia hidup hanya memikirkan diri sendiri. Tatkala sukar,


mereka menjadikan alasan-alasan ziarah untuk bertemu saudaranya demi


memenuhi 'kebutuhan' peribadi. Selesai 'butuh' itu dia menghilang tanpa


berita. Hilang beruzlah katanya. Kemudian muncul lagi dengan alasan


yang sama "ana pulang ni untuk ziarah antum semata-mata". Kemudian


hilang lagi tanpa pesan (sms atau tel).


D'wh ini punya sistem terbina dibelahan bumi manapun antum berada


manhaj robbaninya tetap sama. Ada insan yang harus dihormati selayak


seorang sohib, ustaz, walid dan syeikh. Jangan kurang ajar datang dan


pergi sesuka hati dalam dakwah. Kalau sekadar menompang nikmat ukhwah,


sila mundur dari jalan ini. Jalan ini tidak menjanjikan apa2 nikmat


dunia melainkan amanah yang besar harus dipikul bagi sesiapa yang


beriltizam dengan jalannya.


Dakwah ini hanya menerima mereka yang betul2 ikhlas di dalam agamanya,


menyudutkan kepentingan peribadi walaupun ia merupakan keperluan


khusus. Mengangkat saudaranya yang lain lebih daripada dirinya sendiri.


Mempunyai akhlak adab dan tertib.


Ya Allah engkau mengetahui hati-hati yang ikhlas ini berkumpul kerana


mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban


da'wahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan


menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan


kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan


cahaya Rabanimu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini


dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup


suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan yang benar tentangMu.


Matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan


agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya


Allah perkenankanlah permintaan ini.


http://lionate2.blogspot.com/

Tidak ada komentar:

 

blogger templates