40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang
telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
untuk renungan kita bersama. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita,
dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan
ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa
1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Ertinya:Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah
menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang
menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika
mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah
nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu
baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa
kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang
meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang
panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang
banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah
para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui
kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah
sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang
baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah
itu adalah sesat."H.R. Abu Daud dan Tirmizi KeteranganHadis diatas
mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah
saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang
penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang
sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat
maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh
Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu: Pertama: Hendaklah ia menlazimi
takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala
perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.Kedua: Mentaati perintah
pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya
mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan
Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin,
kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti
patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw. Ketiga: Berpegang teguh
kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin
(Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat
petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan
amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini
sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang
bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti. Keempat: Menjauhi
perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang
ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil
atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka
tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut
pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah
menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).
2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
Ertinya:Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah
saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke
dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha
illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka)
yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari
dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung
jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu
mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu
bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan
kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya,
jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". H.R. Bukhari Muslimi
KeteranganHadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat
atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan
kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di
tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang
yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari
qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh
itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan
dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak
terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang
melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa
semua penduduk yang berada di tempat itu. Dalarn hadis di atas,
walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang
dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan
disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw.
sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa
permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab
dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam
masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak
bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain
daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.Kemudian Ya'juj dan
Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang
dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas
daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan
pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu
mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka
pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah
kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat
kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia
menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Ertinya:Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan
datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan
mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya
"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab,
"Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di
waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari
hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu
penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai
Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada
mati". H.R. Abu Daud KeteranganMemang benar apa yang disabdakan oleh
Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan
kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun
mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk
dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan
bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh
dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza
agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam
diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang
merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn
bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua
penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak,
rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt.
Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan
tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada
perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan
agarna Allah swt. Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya
kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia
dan di akhirat.
4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
Ertinya:Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar
Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut
(menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.
Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama.
Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih
orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin
yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." H.R. Muslim
KeteranganSekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu
pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah
tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada
alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti.
Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama.
Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini.
Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan
pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan
erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah
pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai. Di ahir-akhir
ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman
yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama
hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat
perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama
kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak
mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat
meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di
hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan
untuk menyelesaikannya.
5. GOLONGAN ANTI HADITH
Ertinya:Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang
lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan
orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata :
"Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang
di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami
haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang
diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang
diharamkan oleh Allah swt." H.R. Abu Daud KeteranganLelaki yang
dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari
kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia
hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk
dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi
telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang
itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis
Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis
panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan
kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan
menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna
kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan
hadis Nabi saw.
6. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Ertinya:Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw.
bersabda, "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam
perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh
Allah swt. Mereka sentiasa berjaya". H.R. Bukhari KeteranganAllah swt.
telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu
Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan
lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga
tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini. Kalau kita meneliti
sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari
ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang
sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan
musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah
seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan
Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa
Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada
pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan
beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan
kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan
pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis
Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang
banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan
sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda
umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi
mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari
ini. Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak
mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang
bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau
pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya
tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti
luhur. Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat
tetapi di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh.
Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat
tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah
seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini
hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada
masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan
tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal
setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada
saat itulah akan berlaku hari qiamat
7. ISLAM KEMBALI DAGANG
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw,
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali
asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".H.R. Muslim
KeteranganIslam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat
asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau
dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar
ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk
dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan
dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada
orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang
iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam
yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh
masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang
sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian
masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk
menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan
kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil
bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai
perbuatan yang salah dan terkutuk. Begitulah seterusnya nasib lslam di
akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan
tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat
Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam
8. BAHAYA KEMEWAHAN
Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang
duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab
bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai
selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat
kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan
kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat
dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang
(ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa
meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi
Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat
nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu
petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu
hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi
(menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka
jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik
daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah
ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda,
"Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan
kamu di hari itu".H.R. Termizi KeteranganDalam hadis ini Nabi kita
Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan
mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian
silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka
tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam
keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan
sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak
membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan
serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih
memungkinkan kita untuk beribadat. Kemewahan hidup banyak menghalang
seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang
berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi
keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan
kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka,
sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan
yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah.
Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk
rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah
disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu
telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang
yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui
kematian)". Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia
dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah,
sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan
dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak
berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam
mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat
harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk
menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada
batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk
menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka
bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak
adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia
menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik
buahnya.
9. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin
memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik
batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang
Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan
bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri),
kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab
itulah ia melindunginya)".H.R. Bukhari Muslim KeteranganHadis ini
memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan
menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi
walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk
membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan
binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan
menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat
Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan
batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka
10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Ertinya:Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw.
pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan
berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya
menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu
turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah
al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan
al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya
Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu
beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah
amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti
bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah
amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh
di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti
menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau
gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau
melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw.
menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu
kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya. "Kemudian berpagi-pagi
(jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada
seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang
bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada
seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang
ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya
pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya
sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji
sawi." "Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak
memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak
bermubaya'ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah
yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat
menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi,
maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku
(maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang
memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk
mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka
saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan
dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". H.R. Bukhari Muslim
KeteranganHadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara
beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu
saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah
khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai
daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul
amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.
11. ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH
BANYAKErtinya:Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah
saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang
menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas
(hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah
ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan
anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat
berani melawan orang-orang baik". H.R. Thabrani KeteranganDi antara
tanda-tanda qiamat ialah: Bila anak-anak merupakan punca kemarahan
orang tuanya. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara
telah tercemar. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat
kejahatan sangat banyak. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak
mendapat kemudahan yang sewajarnya. Anak-anak sudah berani melawan
orang tuanya. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang
baik dan tidak segan terhadap mereka. Nampaknya corak masyarakat kita
pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh
Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang
disabdakan oleh Rasulullah saw. Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt.
menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka
yang disebutkan tadi.
12. DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,
"Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan
dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu
puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada
lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala
pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan
perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah
terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak
isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak,
maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang
tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya
adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya
sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?"
(kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang
tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka
akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka
dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan
dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan
dirinya".H.R. Baihaqi KeteranganBenar sekali sabdaan Rasulullah saw.
ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam
agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur
kema'siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga
ataupun jiran mereka.
13. DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,
"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku
melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai
cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang.
Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang
lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul
di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat
mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium
dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".H.R. Muslim
KeteranganKebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari
realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka
memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia
dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian
pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita
hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian
tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan
bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis
sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian
berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,
seperti gob unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam
syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak
wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum
sampai kepadanya.
14. ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw,
"Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia
mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".H.R.
Muslim KeteranganDi zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan
rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan
nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin
harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta
yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang
haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk
memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau
anak-anak mereka.
15. HARTA RIBA' WUJUD DI MERATA TEMPAT
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,
"Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat
dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia
akan terkena juga debu-debunya".H.R. Ibnu Majah KeteranganHadis sabdaan
Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.
16. ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR
Ertinya:Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar
Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku
yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain
(mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara
artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi
(dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau
babi".H.R. Ibnu Majah KeteranganMaksudnya, akan ada di kalangan orang
Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum
itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan
badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan
suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar,
tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'.
Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai
dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan. Rasulullah
saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh
badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi. Sangat benar sabdaan
Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku
di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah
swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk
badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup
mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.1
7. SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN
Ertinya:Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu
sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya
setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda
qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan,
ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang
lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."H.R. Bukhari Muslim
KeteranganNabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya
qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku
perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan. Statistik
penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan
adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara
terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas
wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan
dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari
lelaki. Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai
dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana
yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya
perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di
dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki
18. HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR
LANGIT
Ertinya:Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang
panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka
khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab,
"Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang
bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan
kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan
melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan
orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu
berlumba-lumba untuk membuat binaan".H.R. Muslim KeteranganDi antara
tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan
banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan
melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai
tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan
pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana
yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya.
Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan
jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik. Tanda kedua pula
bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia
mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah
mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang
daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan
adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan
mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut
, tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang
indah-indah dan sangat mewah.
19. UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
Ertinya:Daripada Abu Sa'id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya
Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat
sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga
jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau
maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". H.R.
Muslim KeteranganUmat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun
"carahidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan
yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau
orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit
sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini
kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang
Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru
"carahidup" Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai
orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan
Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.
20. PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Ertinya:Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah
saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah
menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit
umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu
ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun
harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda
dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim
menzalim".H.R. Hakim KeteranganPenyakit-penyakit yang disebutkan oleh
Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin
di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan
menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis
rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah
mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya
untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan
tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah.
Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah
kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya. Marilah kita
merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
21. AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
Ertinya:Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi
akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang
fasiq".H.R. Ibnu Ady KeteranganNabi saw. menerangkan di akhir zaman
nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat
dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha
sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia
menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang
berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin
berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak
diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin
mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka
ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di
pihak syaitan. Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak
ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan
bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya.
Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan
akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah
kejayaan syaitan dalam usahanya. Gejala yang sebegini rupa dapat
dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini
adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula
adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API
Ertinya:Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan
datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada
agamanya laksana menggenggam bara api".H.R. Tirmizi KeteranganYang
dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa
yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi
kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak
bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini
adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia
menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya
mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat
meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan
kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan
tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.
23. GOLONGAN RUWAIBIDHAH
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda.
"Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau
panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan
orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh
memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang
berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya,
"Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang
yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang
ramai".H.R. Ibnu Majah KeteranganZaman yang disebutkan tadi adalah
zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi
pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat
serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak
diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah
peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
24. PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta
benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku
'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi
saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".H.R. Ibnu
Majah KeteranganRealiti dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda
junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat
moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah
banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang
yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan
memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak
dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibatberlakunya
peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar
dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula
ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju
teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi
tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada
etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan
teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan
kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus
sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai
kemanusian itu sendiri.Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari
umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.
25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT
Ertinya:Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun
dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan
seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam
dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". H.R.Termizi
Keterangan Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat
sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara
yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita
tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan
tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan
dengan singkatnya masa. Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan
dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang
benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita
merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan,
tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara
yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.
26. MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI
Ertinya:Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa dibawa ke
hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat
yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim
dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai
RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw.
menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan
menguruskannya adalah orang-orang yang jahat". H.R.Baihaqi Keterangan
Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak
limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan
galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi
yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan
Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan
merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.
27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.;
"Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu)
menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai". H.R.Muslim
Keterangan Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan
junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya
tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan
ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah
yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai
padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah
dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat
berteduh di bawah naungannya. Keadaan ini walaupun menyejukkan mata
memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat
berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan
tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf
jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.
28. UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian
berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang
masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah
menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di
waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia
telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. H.R.Muslim
Keterangan Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan
hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang
beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang.
Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang,
tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan
cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di
dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang
yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari
harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman.
Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang
hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt.
menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya,
sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian
yang dahsyat ini.
29. KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA
Ertinya:Daripada Ma'qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:"
Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti
berhijrah kepadaku". H.R.Muslim Keterangan Orang yang mampu beribadat
dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru
hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt.
di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara
yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah
yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw.
Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat
walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan
mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh
Rasulullah saw. tadi.
30. PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai
Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya
sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang
berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan
daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat
berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam
riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai
Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada
emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil
sesuatu pun daripada harta itu". H.R.Bukhari Muslim Keterangan Hadis
ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan disekitarnya
akan berkobar peperangan yang berpunca dari merebutkan kekayaan yang
ada di sana dan ramai yang terkorban dan masing-masing pihak
bercita-cita seandainya merekalah yang terselamat.
31. KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH
Ertinya:Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar
Rasulullah saw. bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai
berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang
berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi
imam".H.R.Ibnu Majah Keterangan Walau pun secara pastinya pada hari ini
kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh
Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala
ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang
benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya,
masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari'at. Mereka yang
berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka
tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan,
pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang
telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.
32. ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN
Ertinya:Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu
(sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah
tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi.
Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka
seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." .H.R Ahmad Keterangan
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah
digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari
para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan
mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun
di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara
maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan
sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai
bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu
halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau
yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.
33. ISLAM NAMA SAHAJA
Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda
Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal
lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal
daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka
tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah
sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari
mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".H.R
al-Baihaqi Keterangan Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini,
keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh
Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke
sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang
menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang
mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari
masa ke semasa.
34. AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT
Ertinya:Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak
(warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai
suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan
dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang
dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan
sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam
sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi
daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa
kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan
perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek
moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun
mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada
Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya
La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak
memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan
sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang
bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka
Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu.
Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab,
"Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah
memperkatakan jawapan itu tiga kali). H.R Ibnu Majah
35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: "
Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan
turun kepada mereka iaitu: Apabila harta negara hanya beredar pada
orang-orang tertentu. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang. Suami memperturutkan kehendak isteri. Anak
derhaka terhadap ibunya, Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. Ia
suka menjauhkan diri daripada ayahnya. Suara sudah ditinggikan di dalam
masjid. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di
antara mereka. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. Kain sutera banyak
dipakai (oleh kaum lelaki). Para artis-artis disanjung-sanjung. Muzik
banyak dimainkan. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan)
generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka
menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah
menjadi makhluk lain".H.R Termizi Keterangan Dunia pada hari ini telah
membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma
mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA
Ertinya:Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw.
kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum
Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau
kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku
berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu.
Perkara-perkara itu ialah: Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu
kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali
mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan
mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah
menimpa umat-umat yang telah lalu. Dan tiada mereka mengurangkan
sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan
susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk
mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga
hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi
hujan oleh Allah swt. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan
Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka,
maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan
mereka. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum
Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya
sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di
kalangan mereka sendiri ". H.R Ibnu Majah Keterangan Hadis di atas
rnenerangkan bahawa: Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari
banyak berlaku perzinaan. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman
pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan
timbangan. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan
zakat. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh
kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum
Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji
mereka kepada Allah swt. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum
Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt.
dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam
kehidupan.
37. BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika
Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap
dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi)
dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akan terjadi hari
qiamat?". Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian
yang hadir berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan,
tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula
berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga
apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana
orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu
menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila
amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini
bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu"?
Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan
ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat". H.R Bukhari Keterangan
Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya,
sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak
diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama
lagi akan terjadi.
38. BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
Ertinya:Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:
"Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah
(dengan binaan) masjid".H.R Abu Daud Keterangan Di antara tanda
hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah
dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan
merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada
keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat
dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik,
tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia
sahaja.
39. MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya:Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda;
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia
dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang
dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk
mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis
daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai
tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah
kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani
berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan
suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga
orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab
fitnah itu)". H.R Termizi Keterangan Golongan yang dimaksudkan di dalam
Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk
mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih
keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum
syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan
kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan
alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan
alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka
memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu
diri mereka sendiri. Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang
sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan
kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang
meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang
dihadapi.
40. GOLONGAN YANG SELAMAT
Ertinya:Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan,
maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh
lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh
puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan
hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku
di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh
tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh
puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"?
Nabi saw. menjawab, "Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal
Jamaah). H.R Ibnu Majah Keterangan Yang di maksudkan dengan jamaah yang
selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran
dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan
salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan
golongan "Ahlus Sunnah wal Jamaah". Selain dari golongan ini adalah
sesat dan akan menjadi penghuni neraka.41. LAHIRNYA IMAM
MAHADIErtinya:Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah
saw. bersabda: "Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa
Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan
ku) yang namanya sama dengan namaku". H.R Termizi Keterangan Hadis ini
menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat
sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang
lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan
melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh
seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian
keluarlah Dajal dan turun pula Nabi Isa 'alaihis salam, dan Nabi Isalah
yang akan membunuh Dajjal itu. Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi
akan lahir disaat umat Islam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya
semua umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa
yang ada di dunia ini dbawah kekuasaan Islam. 42. SEPULUH TANDA-TANDA
KIAMAT YANG BESARErtinya:Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra.
berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu
sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu
perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari
qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat
sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya".
Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit
matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam
alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali
adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau
manusia kepada Padang Mahsyar mereka". H.R Muslimi Keterangan Sepuluh
tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini
adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir
tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: Dukhan (asap) yang akan
keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan
orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Dajjal
yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan
ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. Binatang besar yang
keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa
manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. Matahari akan terbit dari
tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima
iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan
mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan
beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Keluarnya bangsa
Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini,
iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari
besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama
dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang
akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula
dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani
di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat
dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis
Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala
petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku
dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi
Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya
matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat
yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana
kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang
dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah
terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat
tenggelamnya".
http://www.majidcbd.blogspot.com/